Thursday, 4 October 2012

Bercinta atau Berkawan ?

Hye and Assalamualaikum ,

Di malam yang sunyi lagi sepi ni tiba tiba rasa macam nak share pendapat dengan korang . hihi . Okay tajuk utama hari ini , korang lebih selesa bercinta atau berkawan ?

Hm kalau aku , mungkin aku lebih setuju Berkawan . Bercinta dan berkawan ni adalah satu perkataan yang mempunya makna yang berbeza . Am I right ? I think semua orang pernah rasa bercinta kan ? macam mana rasa ? masin ke manis ? haha . Mana yang dapat rasa kemanisan bercinta tu bagus lah , kalau dapat rasa yang masin ...... puihhh haha .

Kenapa aku kata berkawan lagi bagus ? sebab macam macam kebaikan yang korang dapat . Maksiat pun tidak akan berlaku . Kalau just kawan baik kan best gitu :) kalau kita bercinta akan ada satu perasaan yang lain datang , kadang kadang nafsu sendiri tidak boleh mengawal perasaan kita .kalau si gf/bf buat benda yang kita tak suka sikit , perang dunia akan meletus . keboooom !! adakah kita perasan yang dia hanya lah sekadar gf/bf kita je ? yang nak marah tak tentu pasal tu kenapa ? apa hak kau ? bukannya dia isteri/suami kau .one more things, kalau kita nak pi mana mana je perlu bagitahu antara satu sama lain kalau tak bgtahu merajuk sebulan tak contacts . Alololo , dengan parents ada bgtahu ? main keluar je kan kan ? haa .

kadang kadang tahap kehormatan kita kepada pasangan kalau melebih lebih susah juga . lebih daripada kita hormati pada kedua ibu bapa kita . Jangan begitu yaa kawan kawan . Bagi yang perempuan , jangan sekali sekali terlalu memanjakan lelaki atau menghormati lelaki yang kononya "dia bf aku ..... so kenalah hormat" hey hey dia bukan suami awak yaa kaum hawa ,baru bf sahaja . Saling menghormati antara satu sama lain itu memang penting tapi bukan sampai everything yang lelaki tu suruh , kita buat . Perempuan yang macam ni lelaki suka mempergunakan , lelaki ni hebat taw sebenarnya kalau nak memilih calon isteri , lelaki lebih suka perempuan yang jual mahal . Take note ! hati hati yaa kaum hawa :)

Then kalau kita bercinta , lepas tu tiba tiba perang dunia tercetus kebooom booom booomm !!! at the end jodoh kita dengan si dia tidak kesampaian . Lepastu apa jadi bila dah putus ? terputus lah hubungan silaturrahim . yang A tak bertegur B and yang B pun tak bertegur A . So untuk mengelakkan terjadinya benda benda ni semua thats why lah aku pilih berkawan lebih baik :)

Kalau nak bercinta tiada masalah tapi berhati hati lah ketika memilih pasangan , asal usul dia , latar belakang dia , sikap dia dan lain lain lagi . Selidik lah terlebih dahulu dan kalau kita nak kenal hati budi dia and sebelum accept dia as bf/gf kita , kawan lah dengan dia sekurang kurangnya 6 atau 7 bulan .Segala perangai akan terselah apabila kita berkawan lama dengan si dia . Yang penting , "JODOH DI TANGAN ALLAH"

Thats all , saja berkongsi dengan korang kalau ada tersilap atau terkasar bahasa . maaf yaa ^^ bye !




Wednesday, 26 September 2012

Try :D

Hye and Assalamualaikum ,

Actually saja je nak try update blog guna phone , eh tak sangka pula boleh haha . wahh lepas ni senang lah , update guna phone je :D hihi .

Hmm result Trial dah keluar , ada lagi 2 paper je yang tak dapat lagi . Result cam hmm agak kurang memuaskan . Tapi Alhamdulillah ada peningkatan ! Syukur Ya Allah :) mama kata apa yang kita dapat tu walau apa pun result nya kita mesti bersyukur , dari situ kita jangan berputus asa , cuba dan terus mencuba ! Hm InsyaAllah mama and papa ,I will try best !

Sometimes korang pernah tak rasa , sedih tnpa sebab ? Marah tanpa sebab ? Menangis tanpa sebab ? Pernah tak :( okay ni salah satu perasaan yang sangat memeritkan right ? Lately ni benda ni selalu terjadi :( . Ya Allah , kau tenangkan lah hati aku . Amminn :)

Saturday, 22 September 2012

TRIAL SPM is over !

Hye and Assalamualaikum kepada pembaca blog Hani yang tak seberapa ini *lambai tangan* .

Meh dekat sikit nak bisik sat , "kita dah habis Trial !!!!" hihihi . Alangkah happy nya aku bila dah habis trial . ni baru habis trial belum habis SPM lagi , entah mcm mana ghopee lerr kalau aku dah habis SPM . haha .

tiba tiba ada satu suara yang menjelma entah datang daripada mana and tiba tiba menjerit ,

                 "HEYYY HANI ! baru baru habis trial ,bukan habis SPM ! jangan nak bersenang lenang !
     HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA "

Okay Suara tu amat menakutkan , dengan gelak dia lagi *menggeletar*. wait , Apa aku cuba merepek sebanarnya ni ? apa motif sebenranya ni ? haa mcm ni lah jadinya kalau takda idea nak tulis apa dekat blog haha . Tapi apa yang utama sekarang aku nak bagitahu TRIAL SPM dah tamat ! *ada org kisah ke hani?* haha kbai .

At last , doakan okay kejayaan aku dalam SPM ini . Doa korang amat diperlukan :') 

Friday, 7 September 2012

Terabai .

Hye and Assalamualaikum ,

Nak tahu cerita tak ? actually blog ni tak boleh nak log in tadi . Cuak dah ni , dah lah blog lama kena hack . Fuhh !! Alhamdulillah , atas bantuan PAK YAHOO tadi , dah boleh buka blog . Maybe blog ni merajuk kan dh lama tak update , Anyonyonyo , haha .

TERABAI . Yes dah lama blog gua terabai .......*menangis bawah meja* .  Actually ,Now I more focus on my study , because because because tengah TRIAL SPM . Perasaan rindu nak pokpek dekat blog ni sebenarnya makin membuak , cehh hehe . Bnayk sangat story nak share dengan uolls , nati taw taw bagi kita habis exam dulu *lap air mata* hihi . I got a lot of pictures , story and manymore . Will update soon , InsyaAllah .

Thats all , Anyway wish me luck guys :*




Friday, 22 June 2012

Rahsia Warna ! jeng jeng jeng ~

Hye and Assalamualaikum ,


Okay kawan kawan hari ni aku nak share pasal rahsia warna kegemaran . Mungkin ramai dah tahu , tapi kepada sesiapa yang belum tahu meh meh tengok sini , rahsia warna ni berkait dengan sifat peribadi korang juga :)


Okay before tu aku nak bagitahu warna favourite aku , ce teka ! haa PINK :) Aku memeng suka sangat this colour Walaupun orang nak cakap gewwdikknyeww colour ni , but aku suka nak buat mcm mana betul tak betul tak ? :) hihi . 


Okay for those yang suka colour pink a.k.a merah jambu ni rahsia disebaliknya ~

Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.


okay yang ni untuk colour yang lain lain :


MERAH:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

BIRU TUA :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

BIRU MUDA :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIJAU :
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

KELABU:
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Putih :
Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan, ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan.

thats all , so korang dah tahu kan apa rahsia nya .. hihi enjoy it !




Make Me Crazy !

Hye and Assalamualaikum ,

Make me crazy ? why ? okay actually aku tengah dalam keadaan mood yang sangat tidak stabil . Kejap sedih , suka , stress , geram semua semua mood yang datang TAPI aku masih waras taw :D . Biasa lah bila dah nak pertengahan tahun ni , segala pentaksir segala pemeriksa sana sini datang , so segala kerja kursus kena hantar secepat mungkin . cikgu stress kami apatah lagi :O boleh dikatakan nak pecah kepala lah juga ! Tapi dengan berkat pertolongan kawan kawan dan cikgu Alhamdulillah dah siap juga assigment account ku ! *sayang kawan kawan kita* hihi .

Okay nak talk about SPM ! hmm kalau dikira kira kan tinggal dalam 4 bulan je lagi ~ Ya Allah mengiggil tangan , otak , dan perut aku ni ! belum ditolak hari raya lagi ? enjoy dah seminggu kat situ , tolak itu tolak ini aku rasa tinggal berapa hari je lagi . makan pun tak selera dah , kejap ada kejap takda selera :( Okay aku memang sedang berusaha sedaya upaya yang mampu , korang doakan yee yang terbaik untuk aku :)

Ya Allah , Kau permudahkanlah segala urusanku , kau permudahkanlah aku untuk mengingati , dan aku memohon kepadamu Ya Allah berikanlah kejayaan kepadaku , Sesungguhnya engkau maha berkuasa .

-Amin-


Friday, 15 June 2012

Bila Saya Bosan :)

Hye and Assalamualaikum ,

hey hey , korang sihat ? okay hari ini , nak cerita apa hobi aku bila aku bosan . Siapa boleh jawab ? hihi . jeng jeng jeng , bila aku bosan aku akan bekerja di dapur , haa mcm mana bekerja di dapur tu ? hihi . Aku akan mengumbah segala barang di dapur yang boleh dimasak atau dibakar , senang cerita bila aku bosan aku suka cooking and baking :) .

Okay hari ini aku dapat buat satu cake favourite aku , jom tengok ~


cake sebelum dibakar :D


haa tengok tu ! tengok tu ! cake dalam proses dibakar :3


wehooo ! ini lah cake MARBLE CHEESE CAKE saya :D

-bye-