Sunday 16 December 2012

Selamat Bertunang Kak Nani :)

Hye and Assalamualaikum ,

First of all , aku nak ucapkan Selamat Bertunang kepada cousin aku Kak Nani :) pepagi lagi mcm biasa mama dah pokpek suruh bangun and siap ke majlis pertunangan , hehe well you know me suka sangat siap last minute haha and selalu kena marah dengan mama sebab lembab sangat nak siap . So , Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar :) meh tengok gambar hihi .




Kak Nani :) aww pretty , bila lah turn aku mcm ni eh ? gatal . haha .


With Kak Sofi :)


With sara :)


wuuuu  kak nani and bakal suami dia :) hihi

Thats all . 

jumpa di entry yang seterusnya ! hihi


Tuesday 11 December 2012

Outing !

Hye and Assalamualaikum ,

Okay today nak pokpek pasal horeey horeey selepas SPM . hihi . Pada 5 Dec 2012 aku dan semua classmates pergi berhorey horey di Berjaya Times Square . Sangat sangat happy dan sangat sangat letih sebab berlari sana sini mengejar masa dan kitaorang kesana menaiki KTM . ceh dah mcm karangan dah . hihi . Jom tengok gambar , malas nak cakap banyak . cehh hihi .


Menunggu KTM , pada pukul 9 pagi . snap snap dulu ! peace ^^


yeayy dah naik hihi . *batak*


with Fatin and Iki , hihi senyum lebar semua :D


With my sayang , Zakirah :)


Dah sampai then lepak mamak sat breakfast :)


With Iki comel hihi . shopping !


Kiera sayang again hihi .


kami semua :) dah nak balik dah hihi .


With iman and Fatin :)


Iki and me hihi :) 

Thats all , memang on that day penat sangat tapi happy sangat , harap dapat keluar lagi mcm ni hihi .

nantikan entry seterusnya ! :D

Wednesday 5 December 2012

What to do ?

Hye and Assalamualaikum,

Hoh ? What to do ? sekarang aku jadi penganggur yang comel di rumah . kehkeh , sedang mencari kerja tapi maybe belum rezeki lagi kan ? Letak nama dekat banyak kedai but still no one call me *lap air mata* bak kata mama ," mungkin belum rezeki lagi , sabar lah ? "

Tapi hati dan jiwa dah tak sabar ni nak pegang duit , almaklumla tangan dah gatal nak duit shopping , banyak okay nak beli kalau disenaraikan sampai esok pagi tak sudah . Ku sabar dan terus menunggu , wahai boss boss sekalian cepat sikit ! *ambuii kau hani*

Yeah , Lesen ? siapa je taknak ? mehh come and tell me ? huwaaa , nak kerja juga salah satunya sebab nak ambil lesen , mama boleh je hantar sekarang katanya tapi mama kita suruh kita rasa susah sikit macam mana nak cari duit so then dia suruh kerja dulu dapat gaji , aku half dia half untuk bayar lesen , huh sedih taw ? *pasrah*

Aku selalu terfikirkan benda ni ---> "Kalaulah duit turun macam hujan" ahh tak heaven gitu ? wuhoo everything i can buy without nak fikir itu ini . Tapi memang tak lah kan benda tu nak jadi, memang semua orang malas nak bekerja ! tidur je dekat rumah tapi bila hujan turun semua baru bekerja dengan menadah tangan kerana hujan duit yang turun , warghhhh kuat betul ya kau hani berimaginasi ? puihh merepek .

So doakanlah aku dapat kerja As soon as possible ! boleh belanja korang Ais Krim 20 sen kehkeh .


Hello ? I'm waiting for the job !


Saturday 1 December 2012

FREEDOM !!


Hye and Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, saya sudah habis SPM . Saya bukan budak sekolah lagi, ecehh berlagak dia . haha . Aku habis SPM pada 28 Nov , aku akhiri dengan paper Account . Alhamdulillah , semuanya okay . Soalan this year memang agak susah susah , result nak ambil nanti dah sah menggeletar kahkah , ku redho jelah apa yang tejadi . Apa orang kata , dah usaha then tawakal ajelah :) asalkan kita dah berusaha . 

Hm macam macam perasaan yang ada bila nak tinggalkan sekolah , mula mula memang excited gila . Tapi kalau difikirkan balik , memang agak sedih jugak lah nak tinggalkan sekolah , terlalu banyak kenangan yang pahit manis masin tawar dekat sekolah tu . Kawan kawan yang selalu bergelak ketawa , stress bersama , gila bersama semua tu mungkin dah berkurang sedikit . SEDIH OKEY ? haha . Even kita akan jumpa lagi kawan kawan tu but i think , school is the best ever moment !!

Cikgu yang comel , yang sporting semua dah tak akan mengajar lagi , lagi lagi cikgu Kinah . Hee sayang cikgu tu, ,memang dah rapat dengan dia since aku form 2 lagi . Hm So, bila dah akhir sekolah ni aku pun terfikir nak kasi something dekat group aku , The best ever group ! so ni lah yang aku bagi diorang , card yang dipenuhi dengan gambar kami berenam and ada sedikit ucapan daripada ku dibelakang card :D cantik tak ? kehkeh .




Cantik tak ? hehe .

Yeah GZ nama group aku ,kalau nak cerita macam mana nama GZ tu tercipta memang panjang and sangat lawak . So GZ, memang group sangat lawak and gelak tak pernah nak berhenti , Tapi kalau dah serious , semua akan serious , wuu akan rindu semua tu , Love you guys !

thats all for today , nantikan entry seterusnya ! * mcm bagus je * haha

Thursday 4 October 2012

Bercinta atau Berkawan ?

Hye and Assalamualaikum ,

Di malam yang sunyi lagi sepi ni tiba tiba rasa macam nak share pendapat dengan korang . hihi . Okay tajuk utama hari ini , korang lebih selesa bercinta atau berkawan ?

Hm kalau aku , mungkin aku lebih setuju Berkawan . Bercinta dan berkawan ni adalah satu perkataan yang mempunya makna yang berbeza . Am I right ? I think semua orang pernah rasa bercinta kan ? macam mana rasa ? masin ke manis ? haha . Mana yang dapat rasa kemanisan bercinta tu bagus lah , kalau dapat rasa yang masin ...... puihhh haha .

Kenapa aku kata berkawan lagi bagus ? sebab macam macam kebaikan yang korang dapat . Maksiat pun tidak akan berlaku . Kalau just kawan baik kan best gitu :) kalau kita bercinta akan ada satu perasaan yang lain datang , kadang kadang nafsu sendiri tidak boleh mengawal perasaan kita .kalau si gf/bf buat benda yang kita tak suka sikit , perang dunia akan meletus . keboooom !! adakah kita perasan yang dia hanya lah sekadar gf/bf kita je ? yang nak marah tak tentu pasal tu kenapa ? apa hak kau ? bukannya dia isteri/suami kau .one more things, kalau kita nak pi mana mana je perlu bagitahu antara satu sama lain kalau tak bgtahu merajuk sebulan tak contacts . Alololo , dengan parents ada bgtahu ? main keluar je kan kan ? haa .

kadang kadang tahap kehormatan kita kepada pasangan kalau melebih lebih susah juga . lebih daripada kita hormati pada kedua ibu bapa kita . Jangan begitu yaa kawan kawan . Bagi yang perempuan , jangan sekali sekali terlalu memanjakan lelaki atau menghormati lelaki yang kononya "dia bf aku ..... so kenalah hormat" hey hey dia bukan suami awak yaa kaum hawa ,baru bf sahaja . Saling menghormati antara satu sama lain itu memang penting tapi bukan sampai everything yang lelaki tu suruh , kita buat . Perempuan yang macam ni lelaki suka mempergunakan , lelaki ni hebat taw sebenarnya kalau nak memilih calon isteri , lelaki lebih suka perempuan yang jual mahal . Take note ! hati hati yaa kaum hawa :)

Then kalau kita bercinta , lepas tu tiba tiba perang dunia tercetus kebooom booom booomm !!! at the end jodoh kita dengan si dia tidak kesampaian . Lepastu apa jadi bila dah putus ? terputus lah hubungan silaturrahim . yang A tak bertegur B and yang B pun tak bertegur A . So untuk mengelakkan terjadinya benda benda ni semua thats why lah aku pilih berkawan lebih baik :)

Kalau nak bercinta tiada masalah tapi berhati hati lah ketika memilih pasangan , asal usul dia , latar belakang dia , sikap dia dan lain lain lagi . Selidik lah terlebih dahulu dan kalau kita nak kenal hati budi dia and sebelum accept dia as bf/gf kita , kawan lah dengan dia sekurang kurangnya 6 atau 7 bulan .Segala perangai akan terselah apabila kita berkawan lama dengan si dia . Yang penting , "JODOH DI TANGAN ALLAH"

Thats all , saja berkongsi dengan korang kalau ada tersilap atau terkasar bahasa . maaf yaa ^^ bye !




Wednesday 26 September 2012

Try :D

Hye and Assalamualaikum ,

Actually saja je nak try update blog guna phone , eh tak sangka pula boleh haha . wahh lepas ni senang lah , update guna phone je :D hihi .

Hmm result Trial dah keluar , ada lagi 2 paper je yang tak dapat lagi . Result cam hmm agak kurang memuaskan . Tapi Alhamdulillah ada peningkatan ! Syukur Ya Allah :) mama kata apa yang kita dapat tu walau apa pun result nya kita mesti bersyukur , dari situ kita jangan berputus asa , cuba dan terus mencuba ! Hm InsyaAllah mama and papa ,I will try best !

Sometimes korang pernah tak rasa , sedih tnpa sebab ? Marah tanpa sebab ? Menangis tanpa sebab ? Pernah tak :( okay ni salah satu perasaan yang sangat memeritkan right ? Lately ni benda ni selalu terjadi :( . Ya Allah , kau tenangkan lah hati aku . Amminn :)

Saturday 22 September 2012

TRIAL SPM is over !

Hye and Assalamualaikum kepada pembaca blog Hani yang tak seberapa ini *lambai tangan* .

Meh dekat sikit nak bisik sat , "kita dah habis Trial !!!!" hihihi . Alangkah happy nya aku bila dah habis trial . ni baru habis trial belum habis SPM lagi , entah mcm mana ghopee lerr kalau aku dah habis SPM . haha .

tiba tiba ada satu suara yang menjelma entah datang daripada mana and tiba tiba menjerit ,

                 "HEYYY HANI ! baru baru habis trial ,bukan habis SPM ! jangan nak bersenang lenang !
     HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA "

Okay Suara tu amat menakutkan , dengan gelak dia lagi *menggeletar*. wait , Apa aku cuba merepek sebanarnya ni ? apa motif sebenranya ni ? haa mcm ni lah jadinya kalau takda idea nak tulis apa dekat blog haha . Tapi apa yang utama sekarang aku nak bagitahu TRIAL SPM dah tamat ! *ada org kisah ke hani?* haha kbai .

At last , doakan okay kejayaan aku dalam SPM ini . Doa korang amat diperlukan :') 

Friday 7 September 2012

Terabai .

Hye and Assalamualaikum ,

Nak tahu cerita tak ? actually blog ni tak boleh nak log in tadi . Cuak dah ni , dah lah blog lama kena hack . Fuhh !! Alhamdulillah , atas bantuan PAK YAHOO tadi , dah boleh buka blog . Maybe blog ni merajuk kan dh lama tak update , Anyonyonyo , haha .

TERABAI . Yes dah lama blog gua terabai .......*menangis bawah meja* .  Actually ,Now I more focus on my study , because because because tengah TRIAL SPM . Perasaan rindu nak pokpek dekat blog ni sebenarnya makin membuak , cehh hehe . Bnayk sangat story nak share dengan uolls , nati taw taw bagi kita habis exam dulu *lap air mata* hihi . I got a lot of pictures , story and manymore . Will update soon , InsyaAllah .

Thats all , Anyway wish me luck guys :*




Friday 22 June 2012

Rahsia Warna ! jeng jeng jeng ~

Hye and Assalamualaikum ,


Okay kawan kawan hari ni aku nak share pasal rahsia warna kegemaran . Mungkin ramai dah tahu , tapi kepada sesiapa yang belum tahu meh meh tengok sini , rahsia warna ni berkait dengan sifat peribadi korang juga :)


Okay before tu aku nak bagitahu warna favourite aku , ce teka ! haa PINK :) Aku memeng suka sangat this colour Walaupun orang nak cakap gewwdikknyeww colour ni , but aku suka nak buat mcm mana betul tak betul tak ? :) hihi . 


Okay for those yang suka colour pink a.k.a merah jambu ni rahsia disebaliknya ~

Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.


okay yang ni untuk colour yang lain lain :


MERAH:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

BIRU TUA :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

BIRU MUDA :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIJAU :
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

KELABU:
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Putih :
Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan, ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan.

thats all , so korang dah tahu kan apa rahsia nya .. hihi enjoy it !




Make Me Crazy !

Hye and Assalamualaikum ,

Make me crazy ? why ? okay actually aku tengah dalam keadaan mood yang sangat tidak stabil . Kejap sedih , suka , stress , geram semua semua mood yang datang TAPI aku masih waras taw :D . Biasa lah bila dah nak pertengahan tahun ni , segala pentaksir segala pemeriksa sana sini datang , so segala kerja kursus kena hantar secepat mungkin . cikgu stress kami apatah lagi :O boleh dikatakan nak pecah kepala lah juga ! Tapi dengan berkat pertolongan kawan kawan dan cikgu Alhamdulillah dah siap juga assigment account ku ! *sayang kawan kawan kita* hihi .

Okay nak talk about SPM ! hmm kalau dikira kira kan tinggal dalam 4 bulan je lagi ~ Ya Allah mengiggil tangan , otak , dan perut aku ni ! belum ditolak hari raya lagi ? enjoy dah seminggu kat situ , tolak itu tolak ini aku rasa tinggal berapa hari je lagi . makan pun tak selera dah , kejap ada kejap takda selera :( Okay aku memang sedang berusaha sedaya upaya yang mampu , korang doakan yee yang terbaik untuk aku :)

Ya Allah , Kau permudahkanlah segala urusanku , kau permudahkanlah aku untuk mengingati , dan aku memohon kepadamu Ya Allah berikanlah kejayaan kepadaku , Sesungguhnya engkau maha berkuasa .

-Amin-


Friday 15 June 2012

Bila Saya Bosan :)

Hye and Assalamualaikum ,

hey hey , korang sihat ? okay hari ini , nak cerita apa hobi aku bila aku bosan . Siapa boleh jawab ? hihi . jeng jeng jeng , bila aku bosan aku akan bekerja di dapur , haa mcm mana bekerja di dapur tu ? hihi . Aku akan mengumbah segala barang di dapur yang boleh dimasak atau dibakar , senang cerita bila aku bosan aku suka cooking and baking :) .

Okay hari ini aku dapat buat satu cake favourite aku , jom tengok ~


cake sebelum dibakar :D


haa tengok tu ! tengok tu ! cake dalam proses dibakar :3


wehooo ! ini lah cake MARBLE CHEESE CAKE saya :D

-bye-

Tuesday 12 June 2012

Ganti Puasa :)

Hye and Assalamualaikum ,

We talk about ganti puasa , okay siapa yang belum habis lagi ganti puasa ? pegang ketiak cepat ! hihi . Sekarang ni semua tengah bertungkus lumus berusaha untuk ganti puasa kan kan ? lagi lagi kaum hawa , banyak yang kena ganti kan ? and ganti la cepat cepat yee , bila orang puasa hang tak puasa masa bulan ramadhan now , pi ganti cepat ! hihi *kami cuti bersebab* :p

Oh termasuklah aku , sekarang tengah sibuk ganti puasa . Kalau boleh nak habiskan cepat cepat ,takut sangat kalau tak dapat nak laksanakan , ni kira kita hutang dengan Allah SWT kan ? haa tak baik taw hutang tak bayar bayar :p .

Kepada sesiapa yang sedang berpuasa hari ni , selamat berbuka puasa ! jom berbuka sama sama dengan saya ? hihi .


Tumpang mengedik sekejap ye :p

So for those yang tak ganti ganti puasa tu , ganti cepat cepat ye ! jangan tak buat , berdosa taw :)

-bye-

Saturday 9 June 2012

Phone Rosak :(

Hye and Assalamualaikum

Aku update blog pepagi ni sebab tak boleh tidur punya pasal ! now , pukul 3:00 pm nyaaahh . Huwaa nak menceritakan handphone aku rosak , entah kenapa tetiba ter-OFF sendiri then tekan on tak boleh buka dah :'( handphone aku biasa je , Corby 2 . Walaupun biasa , tapi aku tetap sayang ! beli guna duit aku :(

Dear phone,
kenapa awak buat kita mcm ni ?! kita sedih taw , baru last month kita tukar baju awak , kita tukar screen protector nak bg awak tak calar calar kita tukar mcm mcm dekat awak taw lepastu awak buat hal tinggal kan kita mcm tu je :( eee sedih taw ! *mcm putus cinta je* haha .

Aku dah bedah dia , buka sini buka sana , suntik dia dgan charger tapi dia still tak boleh bernyawa :( dah jadi doctor paling hebat dah dalam bilik tu . aku punn apa lagi , bgtahu mama bgtahu papa semua and and tetiba papa kata ,

"urm nanti beli baru lah, birthday Hani pun dah nak dekatkan"

eh ? eh ? betul ke ni ? papa mcm bg hint ohh ! hihi aku pun tersengih sengih jelaaa . So Corby ,kenapa awak buat kita mcm tu ? kita terpaksa dah curang dengan awak , hehe tinggalkan awak ! HAHA :p

Handphone apa lah agaknya papa nak belikan , adakah ~


samsung ? :p *kurang pasti*


blackberry ? *i hope* :p


or this ? HAHA *eee taknak taknak*

wait and see je laa :)

-bye-

Tuesday 5 June 2012

Happy Birthday Mama :*

Hye and Assalamualaikum ,

Selamat pagi ! semangat taw aku bagun pepagi ni nak update blog , almaklumlah school holiday ni memanjang je takda rumah nanti nak keluar sana keluar sini , budak nak SPM lah kata kan , eh ? hhihi eleh mcm korang tak mcm tu kan kan ? :p so pagi yang agak aman dan tenang ni *poyo di situ* saya nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY MAMA ! *mama kita bukan mama awak* hihi .

So semalam kami sekeluarga yang comel ni pergilah celebrate birthday mama , kakak ku yang baik hati tetiba nak belanja pi makan *sorry la kakak wa baru nak puji lu bila lu dah belanja makan* kehkeh .

kitaorang makan dekat sini ~



MR STEAK HOUSE

Korang penah makan dekat sini ? tak pernah ,haa pi la serbu ramai ramai dekat section 13 Shah Alam haha.


Ni yang saya makan semalam , chicken golden blue :D


makan makan makan ~


and taraaa , this is my mom . my lovely mom :* 

I love you so much mama
semoga panjang umur :)

~bye~



Thursday 31 May 2012

heyy heyy :)


Hye , this is my new blog :) actually before this dah pernah ada blog , but ... ada pula hacker yang dengki sama itu blog then delete everything yang ada dalam tu *nangis kuat kuat* ohh ya , my name is Fatin Ilhani Binti Norrizat , i'm 17teen y/o on this coming 29 June and yeah this year ambil SPM . Pray for me yaw ! and do follow me , InsyaAllah i will follow you back :)